Thursday, April 27, 2006

A walk with Abang Jeysz

Selain menyertai xpdc daawah pada events2 terpenting di Malaysia,
saya juga melakukan daawah bersama mentor "Abg Jeysz"

Aku kenal Abg Jeysz sejak 2004. Maser tuh beliau begitu hensem, skarang dah kurangla

Beliau berani, tangkas dan petah berhujah. (great sense of humour) pun dia jugak

Kami pernah ke sana dan kemari, ke Masjid2, gerai2,
menegur para Ustaz2, Imam2, orang awam, pendakwah2...

Abang Jeysz ada juga pergi ke 7E dan berdakwah kepada juruwang kedai tersebut dengan cara berhikmah.

Kebanyakannya "close distance" mano o mano talkin.

Aku kagum dengan kesungguhan dan kecekalan Abang Jeysz.

Cuma pernah sekali beliau down dimana beliau dijerkah oleh Pak Aji yg "biru pekat" totok.

Selepas peristiwa itu beliau tidak menoleh ke belakang lagi.

Semakin berani
semakin VOKAL
semakin bersemangat!

(Memang ada dirakamkan detik berdakwah Abang Jeysz ni, menerusi ipod)

Nantikan audiorakaman (mp3) perbualan dialog dakwah kami menerangkan kepada orang awam.

Rakaman ini dirakamkan secara langsung semasa proses berdakwah sedang berjalan.

mp3? (bila boleh download ni?)

(sabaq na...)

p/s:Abang Jeysz jg mencadangkan supaya operasi berdakwah harus sebarluaskan dimana golongan pendakwah adakalanya perlu beramal sejurus shj selepas prgm usrah. ie pergi ke taman2 dan menegur perbuatan yang mungkar.

Dan juga Pendakwah juga harus berdakwah kepada kelompok yang berbeza iaitu mad'u dan bukannya orang yang dah faham islam. Ini tidak, ceramah kat markaz, program kat markaz.
Siapa yang sering ke markaz? kebanyakannya orang yg telah faham islam kan?

Nah, inilah masanya kita sebarluaskan risalah daawah kita.
banyak di luar sana yang memerlukan perhatian/teguran kita.

- hasil perbincangan kami lagi bersama pendakwah seperti kami,
berdakwah melalui lisan adalah lebih mudah untuk menyentuh hati2 berbanding risalah2, internet2, audiorakaman, multimedia, video2 dsb

- berdakwah melalui lisan mempunyai getaran hati...


-Rakaman Untuk Dunia-

0 Comments:

Post a Comment

<< Home