Thursday, July 05, 2007

Berikut adalah antara lagu saya yang kena BANNED!
Ianya adalah kerana saya belum bernikah lagi ketika membuat lagu tersebut.

Sajak Seorang Suami (2002)
Judul asal Zaujah as Solehah 2.






Verse

Setelah diizin dari Yang Satu,
Akhirnya kita dapat bersatu,
Menempuh hidup yang berliku-liku,
Meneruskan juang, beban, bahumu bahuku...

Teguh, Imanmu telah kau bina,
Cekal, semangatmu membara,
Menyampai Fikrah dan Sunnah-sunnahnya,
Menyambung generasi yang subur akhlaknya..

Chorus

Peneman hidupku, Kasih..
Bahagia bersamamu, Sayang...
Kau kembar hatiku,
Zaujah as Solehah.. (2 x)

Ulang Verse (1 x)

Ulang Chorus (3 x)

Prosa/Ritma:Ahmad


Kesan daripada lagu ini, ramai junior saya eager untuk bernikah.
Alhamdulillah ada antara mereka berjaya!
Bilalah saya dapat menyantikan lagu ini di khayalak?
Selepas bernikah.

Entahlah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home