Aku tetaplah abangmu.
Aku tetaplah abangmu.
Andai kau berduka, pastinya aku kan menceriakanmu.
Andai kau terluka, pastinya aku kan merawatmu.
Jika kau kekeringan, pasti aku kan membantumu, tanpa diminta.
Mungkin... sekarang... kau tidak lagi bergantung kepadaku.
Kerana kau sudah dewasa, sudah matang, sudah berkerjaya.
Terkadang, aku perlukan juga sokongan moralmu.
Aku perlukan juga bantuanmu.
Aku jadi tunduk malu, kerana aku tidaklah setandingmu.
Aku berbangga dengan pencapaianmu.
Aku tumpang gembira dengan kekayaanmu.
Kau semakin superior,
Aku semakin inferior.
Jauh di sudut hati, aku tertanya juga.
Di manakah keakraban kita yang lalu?
Tiadakah rindu khabar dari mu?
Tidaklah mengapa, kerana aku kan sentiasa dekat denganmu
Kau selau dalam doaku.
Cuma yang kupinta, jagalah alhlakmu.
Hormati daku walau aku tidaklah sehebatmu.
Kerana aku tetaplah abangmu.