Tuesday, March 31, 2009

Comeundone!(berlalulah)

Kita, sebagai makhluk, seharusnya berusaha dan berdoa.
Ia, memang...
Keputusan hak Mutlak milikNya.

Apakah kita melangkaui keputusan ALLAH dengan berkira-kira?

Sekiranya begini atau sekiranya begitu...

ALLAH Tuhan,
kita makhluk!

Makhluk berusaha, berdoa dan redha
bukannya BERSERAH sepanjang masa!

BANGUN dan berjuanglah habis-habisan!

Maksud tak tercapai, terkapai di tengah jalan
sedang kita dalam keadaan 'berusaha'... nah
itu lebih molek berbanding berserah sebelum bermula.


Comeundone! Tepilah!
Orang nak lalu!

Comeundone! Awak boleh belah!


Nota:Comeundone = berserah sebelum bermula

Labels:

Monday, March 30, 2009

Pedoman

"Tiada suatu pun yang paling beharga
yang dimiliki oleh seseorang insan
selepas nikmat Islam
selain teman yang soleh...
Apabila kamu dapati
kewujudan kasih sayang padanya,
maka peganglah ia dengan sungguh-sungguh..."

~ Umar R.A. ~

Salam Kasih Sayang untukmu Sahabat...
Salah ditegur, Gembira dikongsi,
Sedih difahami oleh kita bersama...
Ya Allah...Kau temankanlah sahabatku ini bersama
para malaikat Mu sepanjang Masa...

Ya Allah...
Mudah-mudahan
Tanganku dan tangannya dapat berpimpinan
menuju syurga Mu kelak...Amin..."

Insya-Allah...

Labels: